Wednesday 11 April 2012

PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lain lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.
Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan, iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.

Di sini akan diterangkan tentang peralatan lukisan kejuruteraan.

1. Papan Lukis












    a.  Boleh didapati dalam pelbagai saiz mengikut kegunaan seperti 60 cm x 80 cm.
b. Sesuai digunakan untuk kertas lukisan bersaiz A3 (420 mm x 297 mm).
c. Diperbuat daripada papan lembut, permukaan rata / daripada bahan lain seperti plastik dan logam.
d. Permukaan serta bucu sebelah kanan dan kiri mestilah rata dan kemas.


 



2. Sesiku T







a. Boleh didapati dalam pelbagai ukuran dan saiz yang berlainan bagi panjang bilahnya iaitu dari 60 cm, 90 cm, 120 cm dan 150 cm.
b. Ia diperbuat daripada kayu atau plastik tebal.
c. Terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu kepala dan bilah (kedua-dua kepala dan bilah ini mestilah bersudut tepat diantara satu sama lain).
d. Tepi bilah mestilah dalam keadaan rata dan lurus kerana ia amat penting semasa digunakan untuk melukis.





3. Pensil








a. Terdapat 2 jenis pensil yang biasa digunakan dalam lukisan kejuruteraan iaitu pensil kayu dan pensil teknikal atau dipanggil pensil isian.
b. Mata pensil boleh diperolehi dalam pelbagai jenis iaitu keras, sederhana keras dan lembut dan kegunaannya juga adalah berlainan mengikut jenis matanya.







4. Pemadam



a. Terdapat pelbagai bentuk dan warna, digunakan untuk memadam garisan atau lukisan yang dilukis dengan pensil.
b. Getah pemadam yang berkualiti tinggi dapat memadam kesilapan pada lukisan tanpa memberi sebarang kesan kepada permukaan kertas.





5. Stensil







  a. Diperbuat daripada plastik lut sinar dalam pelbagai warna, permukaannya terdapat huruf-huruf dan nombor-nombor yang berlubang.
b. Boleh digunakan untuk menghasilkan tulisan yang kemas dan sekata dalam lukisan.




 





6. Set Jangka Lukis & Pembahagi




   a. Set ini biasanya mengandungi beberapa alat seperti jangka lukis, jangka lukis untuk bulatan atau lengkuk kecil dan jangka pembahagi.
b. Jangka lukis dan jangka lukis kecil biasanya digunakan untuk melukis bulatan atau lengkuk yang dikehendaki semasa melukis.
c. Ia mempunyai 2 kaki yang mempunyai satu hujung tajam dan satu lagi hujung yang terdapat mata pensil bagi tujuan melukis lengkuk.


7. Pencontoh (Template

a. Diperbuat plastik yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza seperti bentuk bulat, segiempat, segitiga, elips dan simbol-simbol kejuruteraan seperti simbol elektronik, elektrik, binaan arkitek dan sebagainya.
b. Digunakan untuk melukis bentuk-bentuk yang dikehendaki dengan cepat dan mudah.








8. Pembaris






a. Merupakan satu alat pengukur yang digunakan untuk mendapatkan ukuran yang dikehendaki.
b. Terdapat 2 jenis pembaris dalam lukisan kejuruteraan iaitu pembaris jenis pipih dan pembaris jenis segitiga, terdapat senggatan atau tanda ukuran dalam bentuk garis pendek dan panjang dan ukuran tersebut biasanya adalah dalam unit metrik dimana satu senggatan kecil mewakili 1 mm pada bahagian tepinya.
c. Pembaris segitiga boleh digunakan untuk mendapatkan ukuran dalam skala penuh, mengecil atau membesar. Setiap sisi-sisi pembaris segitiga ini mempunyai ukuran dalam skala-skala yang berlainan.

No comments:

Post a Comment